Resepi Roti Lapis Berdaging atau Bread Lasagna


Di rumah anda ada lebihan roti yang hampir expired? Jangan di buang. Anda boleh buat roti lapis berdaging atau bread lasagna malay style. Buleh cuba untuk juadah berbuka di bulan Ramadhan nanti.

Bahan-bahan

( 6-8 orang )

3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara


1. Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam
2. Satukan Susu+telor+secubit garam
3. Pukul susu+telor+garam hingga sebati
4. Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
5. Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
6. lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
7. Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
8. Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
9.Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
10. Bakar dengan api sederhana selama 30-45mins atau sampai lidi tak lekat
11. Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
12. Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos

Related Post

  • Recipe: Cheesy Shrimp Scampi on ToastHeavenly succulent shrimp meal that’s a breeze to prepare.Seafood such as shrimp is a source iodine, which is needed for…
  • Resepi Kerabu Jantung PisangKERABU JANTUNG PISANGBAHAN-BAHAN : 1 biji jantung pisang 1/2 cawan ikan bilis kecil - boleh ditambah 1 biji bawang besar…
  • Resepi Ayam Percik KelantanBAHAN-BAHANNYA3 keping bahagian dada ayam4 cawan santan pekat1 keping asam gelugorGaram dan gula secukup rasaSedikit ban…
  • Grilled Lemon Salmon Fillet RecipeThis delicious dish would simply keep you healthy and guilt free. We all know that Salmon in particular is a good source…
  • Resepi Mini PavlovaBahan-bahanMeringue Pavlova ( yang berwarna putih tu )6 biji telur ( bahagian putih telur )1 cawan ( 200gram ) gula cast…
 
Copyright © 2006 Faezah Smith - All Rights Reserved
Template By Catatan Info