7 Cara Bagaimana Merancang Percutian Keluarga


Hujung bulan ini, warga KL akan dapat Public Holiday straight 4 hari bermula dari 31 Januari (Sabtu) hingga 3 Februari (Selasa) kerana hari Isnin cuti Hari Wilayah dan Selasa cuti Hari Thaipusam. Bagaimana anda mahu merancang percutian anda pada cuti empat 4 tersebut?

Percutian bersama keluarga bukan saja memerlukan belanja yang tinggi tetapi juga perancangan awal terutama sekali bila ahli keluarga kita ramai. Jadi amat penting untuk kita plan betul-betul mana nak pergi, bila dan siapa akan turut serta. Maklumat ni penting untuk:

1. Rancang Jadual Perjalanan / Program Lawatan
Ada yang pandang mudah tentang perkara ini, kononnye bila dah sampai di tempat yang dituju nanti tahulah apa nak buat. Tapi hakikatnya kita akan banyak terlepas sesuatu yang menarik jika tak rancang awal-awal. Hari pertama nak buat apa, kedua, ketiga dan seterusya. Jadi senang nak bajet duit dan keperluan percutian.

2. Buat Pengiraan Bajet (Budget Estimates)
Pengiraan bajet boleh dilakukan bila kita tahu berapa hari kita akan bercuti, program lawatan, berapa ramai turut serta, cuaca dan kos sara hidup di tempat tersebut.

Bila kita dan ada maklumat di atas, bolehlah kita buat pengiraan kasar tentang;

  • kos agensi pelancongan (tour package) (kalau guna khidmat agensi pelancongan)
  • kos beli barang-barang keperluan untuk ke tempat tersebut (contohnya baju sejuk tebal-tebal kalau nak melawat Korea di musim sejuk yang bersalji)
  • kos makan-minum, jajan, aiskrim..
  • kos tempat penginapan
  • kos pengangkutan (tol, minyak kereta, bayaran teksi, tiket penerbangan, tiket keretapi atau lain-lain lagi)
  • harga tiket masuk ke tempat-tempat lawatan
  • kos beli buah tangan untuk dibawa balik (souvenirs)
  • kos insuran perjalanan (jika perlu)
  • wang reserve untuk keperluan semasa kecemasan(contohnya anak tetiba sakit so kena bawa jumpa doktor segera)
  • lain ( contohnya tips untuk agen pelancongan)


Kita boleh gunakan internet untuk mendapat maklumat tentang harga dan kos-kos tertentu kalau kita tak tahu. Atau boleh saja bertanyakan kawan-kawan yang dah pernah ke sana untuk membantu kita membuat pengiraan.

3. Sediakan Wang Mengikut Pengiraan Bajet
OK, yang paling susah sebenarnya ialah menyimpan duit untuk percutian idaman ni. Sebaiknya jangan meminjam untuk bercuti. Memang ada agensi pelancongan yang menyediakan kemudahan bayaran ansuran, cuma pada saya tidak berbaloi berhutang semata-mata untuk bercuti. Ada banyak cara untuk mengurangkan bajet perbelanjaan... antaranya kalau tak mampu bercuti ke luar negara, bercuti sahaja di dalam negara, kalau tak mampun tinggal di hotel lima bintang bertukar sahaja ke homestay, kalau tak cukup duit tahun ini tunda sahaja ke tahun hadapan, dan sebagainya.

4. Plan cuti kerja dan mohon awal-awal
Untuk yang bekerja, penting untuk kita rancang tarikh bercuti dan bagitau bos awal-awal. bila bos tahu awal, dia boleh pon boleh merancang dari awal apa perlu buat bila kita takde.. contohnya dapatkan orang lain cover kita. kalau lambat bagitau, takut orang lain dah book cuti dulu, dan kita akan melepas. Tapi untuk tempoh 31 Januari - 3 Februari 2015, warga KL tak perlu apply cuti lagi, tapi jika mahu lanjutkan percutian anda untuk tempoh masa yang panjang, anda boleh rancang cuti anda.

5. Book Pengangkutan
Bila duit dah cukup dan cuti sudah diluluskan, bolehlah book pengangkutan utama seperti keretapi, bas ekspress atau kapal terbang. Pengangkutan jenis ni kena book awal terutama pada hujung minggu, musim perayaan dan cuti sekolah sebab tiket selalu cepat habis. Harga tiket juga akan bertambah mahal jika beli pada saat-saat akhir, ini amat benar untuk tiket kapal terbang. Tahukah anda yang harga tiket kapal terbang boleh mencecah tiga kali ganda lebih mahal dari harga pada 6 bulan sebelumnya?

6. Book Penginapan
Sama seperti pengangkutan, booklah penginapan hanya selepas cuti diluluskan dan wang sudah cukup. Keperluan bercuti bersama keluarga agak unik jadi kita tentu ada kriteria tertentu bila memilih jenis dan lokasi penginapan tersebut, jadi booklah awal sebelum orang lain sambar dulu. Bila pilihan yang sudah disesuaikan dengan bajet sudah tiada yang kosong, kita mungkin terpaksa naik taraf jenis penginapan... akibatnya terpaksa tambah duit lagi. Tahukah anda yang kita boleh book pada harga yang amat murah sehingga 20% jika book awal? Caranya ialah dengan book online dari website-website atau phone apps yang boleh dipercayai seperti Trivago, AsiaRoom, Booking.com dan Agoda.com. Cubalah..

7. Sediakan Keperluan Percutian
Kalau ke luar negara, jangan lupa tentang passport, visa dan vaksin (jika perlu). Paling kurang, kita perlukan bagasi dengan saiz yang sesuai dengan tempoh melancong dan berat yang dibenarkan oleh syarikat penerbangan (biasanya 20kg untuk kelas ekonomi. kalau nak lebih, kena tambah kos!). Insuran perjalanan untuk seisi keluarga juga amat wajar dan harganya tidaklah mahal. Jangan lupa sediakan keperluan percutian yang dirasakan mahal/sukar untuk didapati di tempat yang dilawati. Contohnya kamera, baju sejuk, pakaian renang dan sebagainya. Ohya, untuk yang ada penyakit tertentu, bawalah bekalan ubatan secukupnya. Mungkin berbaloi untuk mendapatkan surat doktor jika perlu membeli ubat tambahan nanti.

Mungkin ada lagi yang perlu dilakukan yang saya tidak senaraikan, tetapi sebagai panduan saya rasa senarai ini berbaloi unuk diberi perhatian.

Selamat bercuti!


 
Copyright © 2006 Faezah Smith - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info